Menjaga hidayah lebih sulit dari mengenal hidayah...

28 Februari 2012

Mengagumimu Dalam Diam

Posted by Syifa' Nurhidayah at 9:06 PG
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamu'alaikum wbt, Alhamdulillah3x~ Syukur kehadrat Illahi kerana masih lagi dikuniakan nikmat Iman dan Islam. Dan yang buat ana paling bersyukur kerana masih dikurniakan nikmat memperjuangkan agama Islam. InsyaAllah~ =)

Allah berfirman :

Tidaklah sama antara orang beriman yang duduk (yang tidak turut berperang) tanpa mempunyai uzur (halangan) dengan orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan derajat orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk (tidak ikut berperang tanpa halangan). Kepada masing-masing, Allah menjanjikan (pahala) yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar. 
(Surah An-Nisa' 4 : 95)

Di sini ana ingin berkongsi secebis nukilan dari ana.

Hatiku ibarat padang pasir yang tandus, punyai hati yang sungguh gersang dengan cinta-Nya. Cukup untuk aku merasa begitu jauh dengan diri-Nya. Dialah Pemberi CINTA, maka mengapa aku lebih mencintai hamba-hambaNya terlebih dahulu? Mengapa baru kini aku sedar akan semua kekhilafan diri ini? Mencintai manusia, hanya perit yang aku dapat bukan bahagia.

Aku tidak mampu membezakan antara cinta yang harus aku utamakan? Tapi aku amat BERSYUKUR kerana aku telah dipilih oleh Allah SWT untuk sedar dari kekhilafan diri selama ini. Alhamdulillah3x~ Thank You Allah =)

Sewaktu aku jatuh, aku meminjam semangat darimu sang kekasih hati. Betul, semangatku kembali pulih apabila mengagumi dirimu itu. Hatiku kembali terisi dengan IMAN saat membaca nukilan-nukilan darimu. Satu PENGAKUAN, aku mengagumimu dalam DIAM~

Kau pemuda SOLEH, disanjung dan dihormati. 
Sedangkan aku, wanita berduka, solehahku TIDAK PASTI.

Sekarang aku dalam perubahan, perubahan mengenal yang MAHA PENCIPTA.
Setiap ayat-ayat cinta dari-Nya terkesan dalam diriku.

Tenang, damai, aku tidak mampu menggambarkan perasaanku ketika sujud ku pada-Nya.
Kini aku lebih banyak mengisi waktu bersama-Nya tetapi aku tetap 
tidak berani menyatakan ayat-ayat cintaku padamu pemuda SOLEH.
~Aku hanya mampu mengagumimu dari jauh~

Cinta dia dalam DIAM,
Dari kejauhan dengan Kesederhanaan & Keikhlasan.

Jika kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cita padanya.
Tapi luahlah pada Allah, beritahulah Allah.
Allah Maha Mengetahui siapa kekasih halal kita
yang tertulis di Luh Mahfuz

Semua ini sentiasa membuatkan ku terfikir, apakah aku layak untukmu?

Kerana ini bukan masanya, aku lebih percaya pada janji Allah SWT 

Ku pendamkan perasaan ini. Ku rahsiakan hati ini. Kerana aku tahu muslimah solehah hanya untuk muslimin yang soleh.  

Ku renung firman Allah SWT :

Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.
 (Surah An-Nur : 26) 

Aku bermujahadah untuk menjadi solehah. Namun KEUTAMAANKU bukanlah untuk mendapat yang soleh, cuma aku hanya mampu MEMPERBAIKI DIRI yang selama ini terpesong jauh

Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita memilikinya. Namun kekadang ia muncul sebagai ujian dari-Nya buat kita, ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya. Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah SWT. 

Akhir kalam, 
aku mengagumimu kerana agama yang ada padamu, 
bukan kerana ketampanan wajahmu. 
Bukan kerana keturunanmu, 
bukan jua kerana popularitimu dan 
bukan kerana kemewahan harta milikmu. 
Tapi semata-mata AGAMAMU wahai pemuda soleh

Aku mengagumimu dalam DIAM. Tetapi jangan singgah di hati aku. Belum masanya.


Cinta. 
 
“Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang. Cukup cintai dia dalam DIAM. Kerana diammu adalah salah satu bukti cinta kepadanya. Kau ingin memuliakan dia dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang. Kau juga tidak mahu merosakkan kesucian dan penjagaan hatinya.”

Nukilan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Nukilan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke Syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Nukilan ini hanyalah kerana Allah SWT,
Kerana Redha-Nya adalah kunci kejayaan dunia,
  Gerbang menuju JANNAH~ 

| ♥ ISTIKHARAH CINTA ♥ |

Nabi Muhammad SAW bersabda :

"Sesiapa yang menyintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi 
kerana Allah dan menegah kerana Allah sesungguhnya telah sempurna imanya." 
Hadis Riwayat Tirmizi, Abu Daud, Ahmad dan Hakim dengan sanad hasan.

Sabda Rasulullah SAW : 
"Barangsiapa yang jatuh cinta, kemudian dia mampu menyembunyikannya, menjaganya dan bersabar serta sentiasa berdoa kepada Allah, maka Allah akan mengampuni orang tersebut dan memasukkannya ke dalam Syurga." 


~ InsyaAllah ~
Semoga bermanfaat buat semua. 

~ Beramal kerana Allah SWT. =)  

Wallahu a'alam. 

Assalamu'alaikum wbt.
Reactions: 

0 comments on "Mengagumimu Dalam Diam"

© Hadza Min Fadhli Rabbi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena