Menjaga hidayah lebih sulit dari mengenal hidayah...

6 Februari 2012

Posted by Syifa' Nurhidayah at 3:34 PG
Assalamu'alaikum wbt. Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana memberi kudrat, ruang dan masa untuk berkongsi secebis ilmu Allah SWT kepada sahabat/sahabiah sekalian. Sebelum itu, ana ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua sahabat/sahabiah.

Jernih wajahmu, Lembut tuturmu
Cekal jiwamu dan teguh harimu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
kerna pancaran ketenanganmu

Allahumma solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasalim

~Sanah Helwah Ya Rasulullah~
 Aishiteru Muhammad SAW 


Allah SWT berfirman :

"Sesungguhnya Allah SWT dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya."
( Al-Ahzab 33:56)


Andai kita kasihkan Rasulullah SAW, salah satunya ucapkanlah selawat. Tiap dan waktu dianjurkan berselawat, antaranya :

  Sesudah laungan azan.
  Ketika hendak masuk dan keluar masjid.
  Dalam solat jenazah.
  Dalam takbir-takbir hari raya.
  Sewaktu membaca tahiyat (tasyahud) akhir dalam solat.
  Pada awal dan akhir bacaan doa.
  Pada malam dan siang hari Jumaat.
  Dalam khutbah dan semasa bacaan qunut.
 Ketika orang menyebut nama Rasulullah SAW.
 Tiap pagi, petang, ketika mengadakan majlis ceramah, ketika susah, sakit dan lain-lain.


Amal yang sedikit tetapi berterusan itu, lebih baik daripada amal banyak yang tidak berterusan. InsyaAllah.  Selamat beramal. Beramal kerana Allah SWT. =)



Biar hati ini menolak cinta insani. Biar badan lesu ditohmah kesibukan dakwah. Usah kau menangis wahai mata hati. Menangislah andai cintamu ditolak Allah. Kerna itu lebih celaka daripada menangis kerana manusia dan dunia. 




Semoga bermanfaat buat semua. =) 

Wallahu a'alam. 

Assalamu'alaikum wbt.




Reactions: 

0 comments on " "

© Hadza Min Fadhli Rabbi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena