Menjaga hidayah lebih sulit dari mengenal hidayah...

17 Februari 2012

Teguran BUKAN Membenci

Posted by Syifa' Nurhidayah at 7:10 PTG
Assalamu'alaikum wbt. Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana memberi kudrat, ruang, masa dan paling buat ana bersyukur lagi, kerana masih dikurniakan nikmat IMAN dan ISLAM pada ana. Alhamdulillah3x~. Di sini, ana ingin berkongsi secebis ilmu Allah SWT kepada sahabat/sahabiah sekalian. 
 
Ana jarang menulis tentang aurat. Kerana ana tahu ana juga pernah khilaf dahulu. Dan sekarang ana berusaha untuk konsisten. Tetapi melihatkan kebanyakan status di Facebook berkisarkan aurat wanita membuatkan hati tergerak sama untuk meraikan. Walaupun nampak pedas dan menyakitkan hati yang terasa, anggaplah teguran itu kerana kasih dan cinta kepada kita.

Tidak bermakna kita menegur kerana kita adalah yang terbaik. Bahkan kita mahukan diri kita dan orang sekeliling kita menjadi hamba yang terbaik. 

Ana suka memetik kata-kata ini, 

Perbaiki diri kita dan dalam masa yang sama kita ajak orang lain. 

Bila seseorang ditegur atas kesalahannya, lalu mula menyerang peribadi dan mengungkit kesalahan orang menegur, itu adalah tanda nafsu amarah sedang menguasai minda. Cuba mencari alasan untuk merasa diri tetap lebih baik dari yang lain. Paling minima, usahakan diam ketika terima nasihat yang benar, memang 'pedih' tapi InsyaAllah berguna seperti pahitnya ubat.

Renungkanlah.

Berkata Rasulullah SAW


“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

Rasulullah SAW menjawab :


 “Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya."

Biarlah.  



"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas atas diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila sempurna, nescaya tidak ada pendakwah. Maka sedikitlah orang yang memberi peringatan. " 
 [Iman Hasan al-Basri] 

Semoga bermanfaat buat semua. 

~ Beramal kerana Allah SWT. =)  

Wallahu a'alam. 

Assalamu'alaikum wbt.
Reactions: 

0 comments on "Teguran BUKAN Membenci"

© Hadza Min Fadhli Rabbi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena