Menjaga hidayah lebih sulit dari mengenal hidayah...

19 Januari 2012

Ujian:Tarbiyah dari Allah

Posted by Syifa' Nurhidayah at 7:05 PG
Assalamu'alaikum wbt. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana memberi ana nikmat ruang/masa untuk berkongsi secebis ilmu Allah kepada sahabat/sahabiah sekalian.
Allah SWT berfirman :

Demi masa. Sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. 
(Al-'Asr 103 : 1-3)

 Ku renung sabda firman Allah SWT sedalam-dalamnya, 

 “Dan (Dia) menyempurnakan untukmu nikmatNya lahir dan batin”.
(Lukman 31 : 20)

Mencari erti sebenar. Antara nikmat lahir dan batin.



Sesungguhnya, pada setiap ketika dan setiap keadaan itu pasti ada tuntutan Allah SWT terhadap kita. Pada ketika dan keadaan berkenaan yang paling baik kita pohonkan daripada Allah SWT adalah agar diri dapat menyempurnakan kewajipan tersebut.

Setiap waktu, ruang, benda-benda serta kejadian yang mengisi waktu dan ruang itu merupakan ujian Allah SWT. Apa yang dimaksudkan dengan ujian adalah cabaran terhadap iman (tauhid). Waktu dan ruang serta isinya berperanan mengalihkan pandangan kita daripada tauhid kepada yang mengisi waktu dan ruang tersebut.

Waktu dan ruang adalah dua keping besi tajam yang membentuk gunting, kerjanya memotong tali yang menghubungkan hamba dengan Allah SWT. Apabila tali putus, terlepaslah perhatian daripada menyaksikan Rububiyah, maka terjadilah syirik. Apa sahaja yang berada di dalam waktu dan ruang yang menutup pandangan mata hati daripada menyaksikan ketuhanan Allah SWT, adalah menjadi bahan yang disyirikkan.


Pasti.





Di antara dua ujian itu terselit satu persamaan iaitu bersyukur. Jika kita diuji dengan segala macam kesenangan nikmat duniawi kita perlu bersyukur. Begitu juga jika kita diuji dengan segala ketidakcukupan duniawi, kita juga perlu bersyukur.

"Ya Allah, jika segala kesusahan dan keperitan ini mendekatkan aku dengan-Mu, janganlah engaku mengurniakan aku kesenangan dan kemudahan kerana aku takut akan jaug dari-Mu lantaran kelalaian dan kealpaanku."



Muhasabah bersama. Renung-renungkanlah dan selamat beramal. 
Beramal kerana Allah SWT. InsyaAllah. =)

Wallahu a'lam.

~Assalamu'alaikum wbt~




Reactions: 

0 comments on "Ujian:Tarbiyah dari Allah"

© Hadza Min Fadhli Rabbi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena