Menjaga hidayah lebih sulit dari mengenal hidayah...

26 Disember 2011

Kalau saya Dato' Seri Najib saya akan....

Posted by Syifa' Nurhidayah at 10:05 PG
Assalamu'alaikum w.b.t~ Di sini ana ingin berkongsi sedikit kenyataan Hilal Asyraf (Penulis Novel) tentang isu Adam Adli yang menurunkan bendera Dato' Seri Najib baru-baru ini.

 Kenyataan Hilal Asyraf (Penulis Novel)



"Semenjak isu Adam Adli hangat, saya sentiasa terfikir untuk memberikan buah fikiran. Tetapi saya banyak diam, melihat apa yang berlaku dan meneliti. Kadang-kadang rasa kelakar. Seorang pemuda berumur 22 tahun, turunkan bendera, 5 minit, kemudian naikkan semula dengan baik, dikecam hebat, diugut bunuh, dan pemimpin-pemimpin saya membiarkan sahaja semua itu. Seakan-akan merestui. Beginilah. Adam Adli, dari satu sisi, benar boleh dikatakan 'tidak menunjukkan adab kesopanan melayu'. Datang tempat orang, kemudian pergi turunkan harta kebanggaan milik tuan rumah. Jawapannya di dalam video pun, pada saya tidak kuat. "Untuk memanaskan keadaan." Baik, Adam Adli 'kurang sopan'. Namun sekurang-kurangnya, dia tidak memijak, mengoyak, menconteng, dan 5 minit kemudian, menaikkan semula bendera itu dengan baik. 

Kalaulah saya menjadi pemimpin saya, Dato' Seri Najib, saya akan buat begini: Saya akan buat sidang media. Dan berkata - "Saya maafkan sahaja Adam Adli. Dia bukannya buat apa-apa. Turunkan bendera wajah saya, tetapi kemudiannya dia naikkan semula. No big deal. Tak payahlah nak pukul-pukul, sampai nak bunuh. Buat apa? Tindakan mahasiswa, maka kita kena matang menanganinya. Apatah lagi, tiada pun undang-undang yang menyatakan salah turunkan bendera. Ini hanya melibatkan adab dan sopan sahaja." Sah-sah rakyat akan lebih sayang Dato' Seri Najib kalau dia cool buat begitu. 

Tetapi nampaknya tidak. Membiarkan saudara-saudari saya di bawahnya berkeliaran melakukan kezaliman terhadap Adam Adli. Jauh lebih biadab, menganggu keluarganya, mengugut bunuh dan sebagainya. Buat gambar yang tidak senonoh, menuduhnya gay, dan sebagainya. 

Jika begitu, oleh kerana ini isu 'adab dan sopan', saya suka juga mahu claim tindakan yang kencing pada banner bergambarkan Tuan Guru Hadi dan Tuk Guru Nik Aziz. Kencing sudah satu hal. Cuci balik tak? Merngapa isu itu tidak digembar-gemburkan? Saya boleh terima 'ketidak matangan' Adam Adli. Nak hukum dia? Boleh. Hukum yang setimpal(setimpal dengan turun bendera la Semestinya pukul, bunuh, bukan dari kalangan 'setimpal').

Tetapi saya tidak boleh terima ketidakmatangan ayah-ayah dan ibu-ibu saya dalam 'menangani masalah Adam Adli'. Dan kalau nak hukum sangat, bagi adil. Adam Adli boleh kena, mengapa tidak kenakan kepada orang-orang yang menyokong Kerajaan saya hari ini, yang turut tidak beradab dalam banyak hal juga (tanpa menafikan, ada juga yang beradab.)? ------------------------------------------------ Patutnya, inilah peluang tarik undi. Secara general, orang boleh terima 'budak yang tidak matang'. Tetapi susah orang nak terima 'ayah-ayah dan ibu-ibu yang tidak matang'. Maka dengan adab yang hilang, undi pun terbang. ^ ^

Pada ana, pandangan yang bijak dan agak matang dari seorang mahasiswa. Sekadar berkongsi untuk membuka minda kita semua. Semoga bermanfaat buat semua.Wallahu a'alam. Assalamu'alaikum w.b.t.


Reactions: 

0 comments on "Kalau saya Dato' Seri Najib saya akan...."

© Hadza Min Fadhli Rabbi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena