Hadza Min Fadhli Rabbi

Menjaga hidayah lebih sulit dari mengenal hidayah...

29 November 2015

Iman dan Ukhuwah

Posted by Syifa' Nurhidayah at 11:06 PG

Bismillahi Wal-Hamdulillah.

Ketika kubaca firman-Nya,


"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara‬, ...."


[Al-Hujurat 49 : 10]


Aku merasa, kadang ‪‎ukhuwah‬ itu tidak perlu dirisaukan.

Tidak perlu, kerana ia hanyalah disebabkan dari iman‬.



Kerana saat ikatan melemah,

saat keakraban merapuh,


saat salam terasa menyakitkan,


saat kebersamaan terasa seksaan,


saat pemberian bagai bara api,


saat kebaikan jesteru melukai.



Aku tahu, yang 'sakit' itu bukan ukhuwah kita,

tetapi iman-iman kita yang sedang sakit.


Mungkin imanku yang compang-camping.


Kuhayati dalam-dalam firman-Nya,


"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain, kecuali bagi mereka yang bertaqwa."



[Al-Zukhruf 43 : 67]


T_T


Allah.


Semoga kita sentiasa dalam peliharaan Allah Ta'ala.


Aamiin.


Tabarakallah.

Reactions: 
0 comments

26 Disember 2013

Mumtaz! Biiznillah.

Posted by Syifa' Nurhidayah at 10:40 PG

 Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang 

Bismillahi Wal-Hamdulillah.

Assalamu'alaikum wbt. Selawat junjungan ke atas Nabi Muhammad Sollallahu 'Alayhi wa Sallam.


Mari kita perbaiki syahadah kita;

“Ana naik saksi bahawa tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah."

Al-Hamdulillah.

Pertama sekali;

Salam imtihan buat semua warga IPTA/IPTS.

Minggu ulangkali ana yang pertama bagi sesi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dengan Kepujian di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM).

Jadual peperiksaan akhir Tahun 2 BEJ Sem I

Electronics Digital [ 31 Disember 2013 ]
Electric Circuit [6 Januari 2014 ]
Engineering Mathematic II [ 8 Januari 2014 ]
Signals and System [ 9 Januari 2014 ]
Tamadun Islam dan Tamadun Asia [ 12 Januari 2014]

Mohon do’a dari kalian.

Do'a-do'a 'kalian' perlu untuk ana. 

:')

"Apabila seseorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala tidak berhadapan dengannya, maka berkatalah malaikat : kamu pun menerima sebagaimana doamu itu."

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Jazakumullahu Khairan Kathira.

Moga Allah Ta’ala permudahkan segala urusan kita.

Allahumma Aamiin. Aamiin Ya Mujib.

******************************************************************
         
Tidak lupa juga, buat semua sahabat/sahabiah yang bakal dan sedang berada dalam 'Exam Mode',



Berusahalah segigihnya kerana Allah Ta’ala.

Akademik adalah salah satu wasilah kita sebagai khalifah. Jadi, buat ‘molek-molek deh’!

Do’a. Usaha. Istiqomah. Tawakkal.

Firman Allah Ta’ala :

“Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluaan)nya.”

[At-Talaq 65: 3]

Kerana disetiap usaha itu pasti akan dinilai barokahnya di sisi Allah Ta’ala, Yang Maha Mengetahui.

Yang penting, niat adalah kerana Dia. Allah Ta’ala.

Lillahi Ta’ala. 

Lillah!

Berdoalah agar Allah Ta’ala akan menghadiahkan kita segala yang terbaik di dunia dan akhirat.

Pasti!

Biiznillah.

Mari menjadi muslim yang belajar,  bukan sekadar pelajar yang muslim!

Ilmu bukan apa yang kita dengar, tetapi apa yang kita pelajari.

Adakah kita sudah bersedia?

Man Jadda Wajada!

Barangsiapa bersungguh-sungguh pasti dapat!

Walauapapun cara kita, letakkan sepenuhnya kepada Allah Ta’ala.

The key points.

Kebergantungan kepada Sang Rabb.

Sejauh mana kebergantungan kita kepada Sang Perancang?

Keterdekatan.

Kebersamaan.

.. sangat perlu kepada Sang Rabb.

Usaha itu juga perlu.

Struggle workStruggle in everything you do!

Buat sehabis baik!

Dan..!

Sabar dalam apa jua keadaan.

Tidak akan boleh kita merasa manisnya saat kita belum benar melakukannya sepenuh jiwa.

Dalam apapun juga, buat sepenuh jiwa.

Buat dari hati, pasti hati yang lain turut merasakannya.

Percayalah.



Rabbuna yusahhil.

Bittaufiq wannajah wa imtiaz fi imtihan!

Aamiin Ya Rabb!

Aamiin Ya Mujib

******************************************************************

Kata Saidina Umar Abdul Aziz :

 “ Jika engkau bisa, jadilah seorang ulama’. Jika engkau tidak mampu, maka jadilah penuntut ‘ilmu. Jikalau engkau tidak bisa jadi penuntut ‘ilmu, maka cintailah mereka. Dan jika engkau tidak mencintai mereka, janganlah engkau membenci mereka. ”

******************************************************************

Semoga dirimu dan masamu bermanfaat untuk ISLAM. Insya’ Allah.

Semoga bermanfaat buat semua.

Beramal kerana Allah Ta’ala.

Wallahua'lam.

Tabarakallah.

Semoga Allah Redha.
Reactions: 
2 comments

15 Disember 2013

Apa yang kita rancang untuk akhirat kita sebenarnya?

Posted by Syifa' Nurhidayah at 1:09 PTG

 Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang 

Bismillahi Wal-Hamdulillah.

            Assalamu'alaikum wbt. Selawat junjungan ke atas Nabi Muhammad Sollallahu 'Alayhi wa Sallam. Al-Hamdulillah. Al-Hamdulillah. Al-Hamdulillah. Syukur kehadrat Ilahi kerana dikurniakan kudrat, ruang, masa dan paling buat ana bersyukur lagi, kerana masih dikurniakan ni’mat IMAN dan ISLAM pada ana serta ni’mat MEMPERJUANGKAN Islam. Allahuakbar!

Seperti biasa,

Pertama sekali, mari kita perbaiki syahadah kita; 

“Ana naik saksi bahawa tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah." 

Subhanallah. Al-Hamdulillah. Allahuakbar.



Apa yang kita rancang untuk akhirat kita sebenarnya?


tertanya di dalam Qalbu.

Ya, apa sebenarnya?

Allahu..

Terlalu ‘sibuk’ sehingga perkara yang dianggap ‘kecil’ ini, sering terlepas pandang.

Ya, selalunya terlepas pandang. Kan?

Muhasabah buat roh dan jasad.

Maka, langkah seterusnya?

Rabb, tuntun langkah kami. Permudahkan segalanya. Kuatkan kami. Kuatkan kami melalui momen-momen ini.  Ya, Qawiy! Lillahi Ta’ala.

Sama ada kita seorang jurutera, doktor, ustaz, tukang kebun, juruteknik atau apa sahaja. Selitkanlah di hujung cita-cita ini mahu menjadi Daie. Ya, daie.

Daie ibarat lampu pendaflour di jalan yang gelap. Ia memberi cahaya kepada pengguna jalan raya.

Jadilah lampu pendaflour itu. Bermanfaat kepada diri sendiri. Bermanfaat kepada yang lain. Bukankah ia umpama, kita manfaatkan dunia ini ke jalan diredhai Sang Pencipta?

“Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.”

(Surah al-Kahfi 18 : 7)

Siapa yang lebih baik amalnya. Ya. Setiap perkara di dunia ini adalah ‘ujian’ buat kita. Hatta, sesuatu yang kita sayang itu juga adalah ujian. Ya, ujian buat kita. Untuk 'upgrade' iman atau sebaliknya.

Daie terbaik ialah Rasulullah. Apabila kita mempelajari kehidupan baginda, kita akan menemui contoh paling tepat untuk menjadi daie buat ummah.

Ya. Nabi Muhammad Sollallahu 'Alayhi wa Sallam. Qudwah Hasanah yang tepat.

Hisyam bin Amir pernah bertanya kepada Aisyah RA mengenai akhlak Rasulullah SAW.

Aisyah menjawab,

“Akhlak Nabi SAW adalah Al-Quran."

(Hadith Riwayat Muslim)




“ Ya Allah, Kau keraskanlah hatiku dengan pujian, dan Kau lembutkanlah ia dengan nasihat dan teguran.”


Allahumma Aamiin. Aamiin Ya Mujib.


Berdo'alah kamu kepada Allah Ta'ala dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ya, yakin!


Kata Maulana Jalaluddin Ar-Rumi;


“Segala yang dari hati, akan masuk semula ke dalam hati. "


Berbicaralah melalui hati. Berdo'alah melalui hati. Ya, qalbu.


Kalau hati itu baik, maka baiklah jasadnya, bukan setakat jasad, malah apapun perkara yang kita lakukan daripada hati yang baik akan menjadi indah. Percayalah. Dia Maha Mengetahui. Tiada hijab. Sang Pemerhati.

Sang Rabb, mencintai kita.

-------------------------------------------------------------------------------------

Saat kita 'jatuh'.

Akan ada tangan-tangan yang mengenggam erat saat kita lelah. 

Akan ada tangan-tangan yang mendo'akan kita. Tiap masa. Dalam diam. Tetapi penuh bermakna.

Membuat kita tidak pernah lupa;

Mahabbah Sang Rabb itu selalu ada untuk kita.

Jazakumullahu Khairan Kathira.

Menjaga hidayah lebih sulit dari mengenal hidayah.

Semoga 'kamu' sentiasa dalam Mahabbah-Nya.

"Apabila seseorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala tidak berhadapan dengannya, maka berkatalah malaikat : kamu pun menerima sebagaimana doamu itu."

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Lillah! :')

Semoga dirimu dan masamu bermanfaat untuk ISLAM. Insya’ Allah.
Semoga bermanfaat buat semua.
Beramal kerana Allah Ta’ala.

Wallahua'alam.

Tabarakallah.

Semoga Allah Redha.
Reactions: 
0 comments

© Hadza Min Fadhli Rabbi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena