Menjaga hidayah lebih sulit dari mengenal hidayah...

17 Oktober 2011

Berakhirnya sebuah ‘Imtihan’ duniawi

Posted by Syifa' Nurhidayah at 1:09 PG

بسم الله الرحمان الرحيم



Alhamdulillah3x ~ Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana memberi peluang untuk ana “updated” nukilan ana pada kali ini :). Selama hampir 6 bulan berjuang akhirnya hari peperiksaan yang dinantikan sudah berakhir. Bukan pointer yang ditarget tetapi setiap ilmu yang diperolehi dan paling utama belajar kerana Allah S.W.T. Selain itu untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Di dalam hadis, Rasulullah s.a.w bersabda :


  طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ

“ Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim, “

Disini ana ingin mengucapkan selamat bercuti buat sahabat/sahabiah sekalian. Manfaatkanlah masa cuti dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. 
Dalam firman Allah S.W.T :


“Masa itu seperti emas.”

“Masa itu umpama pedang.
Jika kamu tidak memotongnya,maka ia akan memotongnya.”

Apabila berkata mengenai masa, kata-kata itulah yang bermain di minda. Masa itu satu ruang waktu yang tak dapat disentuh.Tapi ia sesuatu yang kita rasa. Kita merasa masa itu amat pantas berjalan. Kita merasa masa itu amat perlahan sekali. Kadang-kadang kita merasa kita tidak mempunyai masa yang cukup. Kadang-kadang kita merasa kita terlalu banyak masa kosong. 
Itulah masa lapang.


Bila tiba waktu cuti, minda mula berkira-kira pelbagai rancangan masa cuti. Melancong, menonton filem, berjalan-jalan, memasak,dan sebagainya agar masa terisi. Tetapi adakah semua memanfaatkan nikmat tersebut?
Rasulullah S.A.W bersabda :

“Dua nikmat yang sering manusia lupakan ialah nikmat sihat dan masa lapang”

Masa lapang itu nikmat bagi kita. Lalu apakah yang harus kita lakukan untuk nikmat itu. Syukurilah! Bagaimana untuk mensyukuri? Manfaatkan ia dengan sebaiknya. Masa yang berlalu walau sedetik, takkan berulang. Ia takkan kembali. Jangan biarkan kita menangisi masa yang telah berlalu itu. Kita takkan pernah tahu sampai bila harus kita hidup bersama masa ini. Berhentinya nadimu, maka berhentilah waktu untukmu. Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara. :)

 
Oleh itu, menggunakan peluang dan nikmat ini untuk sesuatu yang berfaedah dan memberi manfaat adalah tindakan seorang yang bijaksana. Menjaga waktu sama bererti mensyukuri nikmat yang ada. 


Marilah sama-sama kita muhasabah diri kita kembali, sejauh mana kita mengisi masa lapang kita dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. 
Renung-renungkanlah dan selamat beramal. 
Beramal kerana Allah S.W.T.


Wallahu a'lam. 
~ Assalamu'alaikum w.b.t ~



Reactions: 

0 comments on "Berakhirnya sebuah ‘Imtihan’ duniawi"

© Hadza Min Fadhli Rabbi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena