Menjaga hidayah lebih sulit dari mengenal hidayah...

5 Mac 2012

Amanat dari-Nya

Posted by Syifa' Nurhidayah at 2:20 PG
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Assalamu'alaikum wbt. Selawat junjungan ke atas Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah3x, syukur kehadrat Ilahi kerana memberi kudrat, ruang, masa dan paling buat ana bersyukur lagi, kerana masih dikurniakan nikmat IMAN dan ISLAM pada ana serta nikmat MEMPERJUANGKAN Islam. Allahukhbar! Mari kita perbaiki syahadah kita ; “aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah." Alhamdulillah~ =)

10 Rabbi' al-Akhir 1433H bersamaan  3/3/2012(Sabtu)~ Satu taklifan baru buat ana : MT Kelab Iqra' UTHM. Berat untuk menerima taklifan baru ini, tapi berusaha untuk men'natural'kan dan positifkan perasaan, bahawa inilah gerak kerja Islam. Hanya kerana Allah SWT. InsyaAllah. Amanat dari-Nya.


Mari kita renungkan firman Allah SWT yang bermaksud:


Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan khawatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sungguh manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh,
( Al-Ahzab 33 : 72)

Kadang-kadang ana terfikir, kenapa ana yang di pilih? disebabkan ramai lagi sahabiah yang mempunyai thaqafah yang tinggi. Apabila ana renungi balik, ada hikmah setiap apa yang Allah tentukan. Kata-kata yang sering memotivasikan diri ana; Takdir Allah adalah yang TERBAIK. InsyaAllah. Mungkin dengan taklifan baru ini ana dapat menambah thaqafah, kemahiran dan sahsiah ana bergerak kerja dalam roh pentarbiyahan ini. InsyaAllah. Semoga ana thabat dalam perjuangan ini. Amin ya Rabb~

Ku renungi firman ini.

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. 
(Al-Baqarah 2 : 286) 

 

Dalam firman Allah SWT yang bermaksud :

Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.
 (Al-Imran 3 : 104


 
 InsyaAllah, ana yakin dengan janji Allah SWT. =) 

Biarku tanggung rasa derita, 
asalkan agama selamat akhirnya, 
yang membantah hanya berfalsafah, 
kerana bimbang suapan harian...

Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini
~aku BAHAGIA~

kerana...
Pada kebenaran itulah terasa nikmat Syurga~
(Algebra - Aku Rela)

Dengan firman Allah SWT :
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dengan meneguhkan kedudukanmu. 
(Muhammad 47 : 7)



Alhamdulillah.
 
Semoga bermanfaat buat semua. 

~ Beramal kerana Allah SWT. =)  

Wallahu a'lam. 

Assalamu'alaikum wbt.

Reactions: 

0 comments on "Amanat dari-Nya"

© Hadza Min Fadhli Rabbi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena