Menjaga hidayah lebih sulit dari mengenal hidayah...

6 Ogos 2012

Sanah Helwa dan Salam Takziah, ya Ukhti ✿

Posted by Syifa' Nurhidayah at 3:49 PG


سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 




Assalamu'alaikum wbt. Selawat junjungan ke atas Nabi Muhammad SAW. Al-Hamdulillah. Al-Hamdulillah. Al-Hamdulillah. Syukur kehadrat Ilahi kerana memberi kudrat, ruang, masa dan paling buat ana bersyukur lagi, kerana masih dikurniakan nikmat IMAN dan ISLAM pada ana serta nikmat MEMPERJUANGKAN Islam. Allahukhbar! Mari kita perbaiki syahadah kita ; “aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah." Al-Hamdulillah. 

3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadhan 1433H.


Seperti mimpi.
Sukar untuk dipercayai.
Sudah sejauh ini melangkah.
Sudah selama ini bernafas.
Segalanya atas izin-Nya. 





Mungkin sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Al-Hamdulillah. 
Al-Hamdulillah. Al-Hamdulillah. Rasa syukur buat pemilik nyawa ini. Atas pemberian nikmat kehidupan sehingga hari ini. Detik ini. Saat ini.



Kadangkala, sering terucap di bibir. "6 Bulan lagi akan graduate". Namun, hakikatnya ucapan itu bukanlah satu kepastian. Kerana, Dia berhak mengambil nyawa ini, bila-bila sahaja, sebelum tibanya saat itu. Seperti `mereka`, yang telah pergi buat selama-lamanya. Al-fatihah, semoga `mereka` digolongkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Insya-Allah. Aamiin Ya Rabbal Al-Aamiin.

Firman Allah SWT :


" Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah SWT sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya... " 

(Ali 'Imran 3 : 144)


Ana akui. Sejujurnya, kegembiraan menyambut hari kelahiran hadir bersama perasaan takut pada kematian. Kerana setiap kali bertambah satu angka pada umur menyedarkan ana akan setapak langkah ana mendekati kematian. Namun, ana juga sedar, sebelum tiba saat itu, Allah masih sudi memberikan peluang buat ana untuk terus beramal. Itulah nikmat terindah pemberian Allah SWT. Doa. Dan terus berdoa agar Allah memberikan pengakhiran yang baik. Insya-Allah. Dengan IMAN. Dengan ISLAM Aamiin Ya Rabbal Al-Aamiin~ 




Di kesempatan ini, ana ingin mengucapkan syukran jiddan buat mak ana, PARIDAH SUNUSI yang telah membesarkan ana sejak dulu hingga saat ini. Buat keluarga, yang masih mengingati diri, yang selalu bersama, saat duka mahupun tawa.


Untuk sahabat-sahabat 'pasukan' ana dan rakan-rakan yang sudi me`link`kan nama dengan ucapan Sanah Helwa di FB dan yang memberi ucapan secara lansung dengan ana. Syukran kathiran. InsyaAllah, semoga berkat doa kalian akan menjadi dorongan buat ana untuk terus tabah dan thabat dalam mengharungi mehnah dan tribulasi dalam memperjuangkan ISLAM. Bersama kita, mendapat Redha Allah SWT. Insya-Allah.



Buat sahabat-sahabat yang sudi 'sedekah' barang yang disayang untuk ana. Syukran kathiran. Ana tak sangka yang akan ada 'barang' sebanyak ini. Allah! Syukur, ya Rabb~



 Dari seorang sahabat, Cik Mus ;) *Terima kasih, mus.


 ✿ Dari sahabat SEPERJUANGAN, Budak kecik *Comel & terima kasih untuk 'malam' itu. Pelakon TERBAIK =P 


 Dari seorang sahabat, si kakak Comel ^^ *Terima kasih kak.

Firman Allah SWT :



''Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, " Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat."

(Ibrahim 14 : 7)





Untuk adik-adik usrah (Bulatan Gumbira), yang selalu kakak kasihi kerana Allah SWT, syukran atas segalanya (Ciuman di pipi ^^). Sangat menghargai ingatan-ingatan dan doa-doa kalian. Bersyukur kita dipertemukan. Allah! 





Juga,


Untuk semua yang mendoakan secara JAUH dan SUNYI. Malaikat mengaminkan doamu dan seperti mana kamu mendoakan kebahagiaan dan kegembiraan buat ana, seperti itu jugalah Malaikat turut mendoakan kamu. Insya-Allah.




"Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya, maka malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga"



Semoga dirimu dan masamu bermanfaat untuk ISLAM. Insya-Allah.

Semoga bermanfaat buat semua.

Beramal kerana Allah SWT.



Tabarakallah.


Semoga Allah Redha.


Wallahua'lam. 


Assalamu'alaikum wbt.



 p/s  20 Tahun 'menumpang' di bumi Allah. Apa yang telah daku lakukan untuk ISLAM? Allah! Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-20 wahai diri dan jasad. Salam takziah. Tanah adalah tempat pulangmu nanti, adakah kau masih ingat? 
Reactions: 

0 comments on "Sanah Helwa dan Salam Takziah, ya Ukhti ✿"

© Hadza Min Fadhli Rabbi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena