Menjaga hidayah lebih sulit dari mengenal hidayah...

6 Ogos 2011

[ Hadiah hari lahir yang BERMAKNA ]

Posted by Syifa' Nurhidayah at 12:54 PG Assalamu'alaikum w.b.t. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.













Cantiknya kotak-kotak hadiah kat atas ni. Rasa tak sabar pun ada nak tahu apa isi dalamnya.

Kalau kita lah kan, tiba-tiba ada seseorang memberikan hadiah pada kita, agak-agak rasa BEST tak??? Tak kira lah hadiah sempena hari lahir atau hadiah atas ucapan tahniah dan sebagainya. Kita mesti rasa GEMBIRA kan.:)



Al-Hamdulillah hari ini, ana rasa bersyukur kerana baru-baru ini KEKASIH ana bagi hadiah,hehe..tahu ka hadiah apa??..tettt...hehehe..mesti tak tau kn.. :)





Rasa bahagia sebab 5 hari lepas, 1/8/11 ana dapat "hadiah" itu. Hadiah daripada KEKASIH ana untuk berada pada Ramadhan kali ini. Walaupun hari ini dah masuk Ramadhan yang ke 5 dan masih tak pasti apakah ini yang terakhir dan adakah sempat merasai nikmat "hadiah" ini sehingga ke penghujungnya ???....hmm, Wallahua'lam, itu ana serahkan pada Allah S.W.T.(yang Sebaik-baik Perancang). Tapi untuk berada pada hari ini, ana tetap merasakan ini adalah antara hadiah dan nikmat yang Allah S.W.T telah berikan  kepada kita semua. Dan ana rasa bertuah sangat-sangat sebab pada tahun ini hari lahir ana pada bulan Ramadhan, iaitu 3 Ramadhan 1432H. :)Al-Hamdulillah, Ana bersyukur dengan Allah S.W.T, kerana telah memberi nikmat umur untuk memperbaiki Ramadhan-Ramadhan sebelum ini. InsyaAllah.  





Dan dalam "hadiah ramadhan" kali ini, masih ada banyak lagi hadiah yang Allah S.W.T sediakan untuk kita di dalamnya. Antaranya LAILATUL QADR!!!~~~





Jangan lupa, gunakan kesempatan ini untuk memulakan langkah baru dalam memantapkan keperibadian diri. Mulakan tarbiyah pada diri anda!.
Subhanallah, sedar atau tidak, Allah sudah beri hadiah yang cukup ISTIMEWA untuk kita. Bukan semua orang dapat merasai nikmat ini seperti yang kita rasa hari ini.


Kerana inilah "hadiah terbaik" buat kita iaitu Madrasah Ramadhan. Allah beri bukan saja-saja atau untuk dipersiakan. Tapi, kita fikir dan renung-renungkan, apa yang kita mahu dan inginkan untuk Ramadhan kali ini??....Ayuhlah Muhasabah diri kita balik wahai sahabat/sahabiah ku~~~





Semoga Ramadhan kali ini yang TERBAIK dan kita juga menjadi hamba-Nya yang terbaik. InsyaAllah, sama-sama kita berusaha ke arah itu. Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal.[^__^]

Ramadhan Kareem!!!. Andai ada khilaf di mana-mana, (asif)diri ini memohon maaf banyak-banyak. Semoga selamat menjalani ibadah di Madrasah Ramadhan. Selamat beramal sahabat/sahabiah ku ~~~>Beramal kerana Allah S.W.T.[^__^]
Reactions: 

0 comments on "[ Hadiah hari lahir yang BERMAKNA ]"

© Hadza Min Fadhli Rabbi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena