Menjaga hidayah lebih sulit dari mengenal hidayah...

3 Ogos 2011

.::: 5 Bonus Khas Ramadhan :::.

Posted by Syifa' Nurhidayah at 12:02 PG
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Assalamu’alaikum w.b.t, Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana masih lagi memberikan kudrat, ruang, masa, dan nikmat Islam pada diri ini untuk berkongsi dengan sahabat/sahabiah sekalian. InsyaAllah, 2 Ramadhan telah berlalu, Muhasabah kembali amalan yang telah kita lakukan sepanjang 2 hari ini...Adakah kita telah menggunakan hari yang berlalu ini dengan sebaiknya atau 2 Ramadhan berlalu dengan sia-sia???. Renung-renungkanlah wahai sahabat/sahabiahku. Marilah kita sama-sama menghayati bulan Ramadhan ini dengan penuh keinsafan. Perbanyakkanlah amalan-amalan sunat dan ikhlaskan niat untuk mendapat keredhaan Rabbul Izzati(Allah S.W.T). InsyaAllah, kali ini ana ingin berkongsi sedikit ilmu Allah kepada sahabat/sahabiah sekalian. Moga bermanfaat buat semua. Selamat beramal ya:)

~~~>Beramal kerana Allah S.W.T.^^



Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Umatku berikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan”  iaitu :



Bonus 1 :- Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kesturi di sisi Allah S.W.T.                   

Bonus 2 :- Para malaikat beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

Bonus 3 :- Allah S.W.T memperindahkan Syurga-Syurga setiap hari dan berfirman :
“ Hampir-hampir hamba-hambaKu yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.” (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)

                     
      Bonus 4 :- Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti 
pada bulan-bulan Ramadhan.

Bonus 5 :- Meraka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka selesai mengerjakannya).” Mengenai bonus kelima ini, ada sahabat bertanya kepada Baginda s.a.w. :
 “ Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?” Baginda menjawab: “Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalannya.” (Riwayat Ahmad).



Wallahu a'lam
Sumber : Majalah Solusi





Reactions: 

0 comments on ".::: 5 Bonus Khas Ramadhan :::."

© Hadza Min Fadhli Rabbi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena