Menjaga hidayah lebih sulit dari mengenal hidayah...

13 Februari 2011

Analogi Sebatang Pokok

Posted by Syifa' Nurhidayah at 11:30 PTG
Reactions: 
 ::: Analogi Sebatang Pokok :::

Bismillahirahmanirrahim,Assalamualaikum w.b.t, hari ini ana ingin berkongsi sedikit ilmu tentang " Analogi Sebatang Pokok " iaitu kita hendaklah belajar daripada kesabaran dan ketabahan sebatang pohon.Pohon yang besar mampu menahan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang yang kukuh dan kuat.Bermula dari benih yang kecil,ia tumbuh menjadi pohon yang besar dan semakin kuat akarnya.Sebelum menjadi sebatang pohon yang kuat, ia belajar menahan teriknya matahari, kuatnya angin, dinginnya hujan dan gangguan daripada manusia juga haiwan.Setelah melalui semua itulah, daripada sebiji benih yang tidak terlihat, menjadi tunas yang bercambah dan akhirnya bertukar menjadi pohon yang besar. Oleh itu mari kita jadi manusia yang tidak kalah dengan keadaan dan suasana. Seperti ikan di lautan masin, meskipun sekitarnya masin namun dagingnya tetap tawar. Wallahu a'lam.

0 comments on "Analogi Sebatang Pokok"

© Hadza Min Fadhli Rabbi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena