Menjaga hidayah lebih sulit dari mengenal hidayah...

30 Januari 2011

Resepi Perkahwinan Bahagia

Posted by Syifa' Nurhidayah at 9:38 PTG

2 kg          penuh pegangan teguh kepada Tuhan dan ajaran agama.

1 kg          rasa cinta dan kasih sayang yang sentiasa membara.

1 kg          rasa kesyukuran dan ketakwaan.

4 cawan    rasa tanggungjawab.

3 cawan    daya penambat hati (daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati).

2 cawan    penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda.

2 cawan    pati kemanusiaan

2 cawan    kenyakinan diri masing-masing, dorongan dan sokongan.

1 cawan    rasa kepuasan.

1 cawan    budi bahasa.

1 cawan    perasaan timbang rasa.

1 cawan    tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan-kelemahan pasangan.

2 gelas      ucapan terima kasih untuk disiram selalu.

1 sukatan   peruntukan kewangan yang mencukupi.

2 orang      anak kecil sekurang-kurangnya.

4 cawan     penuh pengucapan maafkan daku (ini juga sangat penting untuk kita jadikan amalan diet kita).

Secubit      campur tangan mertua. Curahkan kerjasama yang perlu dan persediaan kerja berpasangan dan                  
                  perkongsiaan.


 Cara membuat atau mengamalkannya:


  1. Kita adun dengan cermat semua bahan di atas dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap mengkritik,sikap marah dan sakit hati.
  2. Isingkan dengan bunga-bunga cinta yang segar dan panaskan dengan bara api kesetiaan dan kejujuran.
  3. Hiaskan dengan dua orang anak kecil dan bolehlah di tambah mengikut selera dan kemampuan diri masing-masing.

PERINGATAN:
Jangan sekali-kali di hidangkan dengan sikap dingin dan lidah yang berbisa. Makanan kalau sesedap mana pun jika dihidangkan dengan sikap dingin akan menjadi hambar. Hiaskan dengan senyuman manis penuh kasih sayang.



Reactions: 

0 comments on "Resepi Perkahwinan Bahagia"

© Hadza Min Fadhli Rabbi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena