Menjaga hidayah lebih sulit dari mengenal hidayah...

3 Disember 2013

Kuasai Tadbir.

Posted by Syifa' Nurhidayah at 11:09 PG
 Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang 


Bismillahi Wal-Hamdulillah.


            Assalamu'alaikum wbt. Selawat junjungan ke atas Nabi Muhammad Sollallahu 'Alayhi wa Sallam. Al-Hamdulillah. Al-Hamdulillah. Al-Hamdulillah. Syukur kehadrat Ilahi kerana dikurniakan kudrat, ruang, masa dan paling buat ana bersyukur lagi, kerana masih dikurniakan ni’mat IMAN dan ISLAM pada ana serta ni’mat MEMPERJUANGKAN Islam. Allahuakbar!


Seperti biasa,


Pertama sekali, mari kita perbaiki syahadah kita; 


“Ana naik saksi bahawa tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu Pesuruh Allah." 


Subhanallah. Al-Hamdulillah. Allahuakbar.


Tadbir dan taqdir.


Kejujuran dan ketelusan dalam memaknai taqdir Allah Ta'ala.


Siapa yang lebih mengetahui keperluan setiap daripada kita?


Dia. Sang Pencipta. Allah Ta'ala. Sang Rabb. Yang Maha Mengetahui selok-belok ‘perjalanan’ kita.


Andai ingin taqdir yang terbaik, kena ada cara yang terbaik untuk mentadbir segala aspek dalam kehidupan ini. Pengurusan yang terancang. Pelaksanaan yang ‘sempurna’. 


Ibarat pepatah arab yang acapkali diperkatakan :


Man Jadda Wajada! Barangsiapa bersungguh-sungguh pasti dapat!


Masa. Salah satu komponen penting dalam kehidupan kita. Terlalu penting.


Suka ana katakan;


Al-waqtu juz'un minal i'laj wat takwim.”


Maksudnya : Waktu itu sebahagian dari rawatan dan pembentukkan.


Ibarat sebuah litar elektrik yang tidak lengkap tanpa komponen yang diperlukan dalam sesebuah litar. Maka, tidak akan ada fungsi litar tersebut. Tidak ada manfaat pada sekeliling. Sia-sia, kan?


Tadbir masa dengan baik. Kuasai tadbir. Insya’ Allah, taqdir akan berpihak kearah yang positif. Yakin! Ya, kena yakin.



Imam Ali bin Abi Talib berpesan:


“Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta”


Ya, merancang atau mengurus salah satu usaha dalam mencapai sesuatu matlamat dengan lebih baik. Dan kena tahu, perancangan Allah Ta'ala adalah taqdir. Terselit infinity hikmah. Jadikan ianya peluang dan cabaran untuk upgrade iman kita.


Firman Allah Ta'ala :


“…Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al-Baqarah 2 : 216)


      Hiduplah dengan kesedaran, seterusnya berstrategi dalam perancangan. Letakkan target, dan usaha untuk mencapainya. Iringi dengan do’a. Keterdekatan kita dengan Rabb. Wujudkan ‘rasa’ itu. Rasa dekat dengan Dia. Sang Pencipta. Sang Cinta. Yakin dengan apa yang kita buat. Yakin yang Allah Ta’ala akan permudahkan segalanya. Sangka baik dengan Dia, Rabb.


Kata-kata pemangkin. Ion-ion positif.


Bahagia itu sederhana. Dengan mensyukuri hal-hal kecil dalam hidup kita. Percayalah. Semua itu ni’mat dari Dia. Sang Pemberi. Syukuri segala ni’mat.


Struggle Planning. Struggle Work. Struggle Da'wah. Struggle to do the BEST. Struggle to be a nice Da’ie. Struggle in everything you done. At the end, give it fully into HIM, Allah Ta’ala. Struggle Pray. Struggle Tawakkal.


Jom, tadbir masa kita dengan perancangan yang tersusun!


Kita merancang, Allah Ta’ala juga merancang. Sesungguhnya Allah Ta’ala adalah sebaik-baik Perancang.


Ilmu bukan apa yang kita dengar, tetapi apa yang kita pelajari. :’)


Jom. Kita berdo’a.

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 


“ Ya Allah, Yang Maha Sempurna, jadikan indah disetiap langkah, dalam perjalanan panjang, yang terasa lelah. Hingga kami kelak, tidak menggengam dunia. ”

Allahumma Aamiin. Allahumma Aamiin. Allahumma Aamiin. Aamiin ya Mujib.


Semoga dirimu dan masamu bermanfaat untuk ISLAM. Insya’ Allah.

Semoga bermanfaat buat semua.

Beramal kerana Allah Ta’ala.

Wallahua'alam.


Tabarakallah.

Semoga Allah Redha. 
Reactions: 

0 comments on "Kuasai Tadbir."

© Hadza Min Fadhli Rabbi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena